Nasihat sahaja
Sunday, 4 December 2011, [0] Monster ![]() Hendaklah mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. [Al-Ahzab,33:59] Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka. [An-Nuur,24:31] Rasulullah s.a.w bersabda: Golongan dari ahli neraka yang belum pernah aku lihat, yakni perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang (nipis, ketat, seksi), yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, kepala mereka seakan-akan bonggol unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian. (H.R. Muslim) Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata: Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya. (H.R. Abu Daud) Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya. (H.R. Ahmad) Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang menyeru kepada kebaikan, maka dia mendapat pahala orang yang melakukan kebaikan tersebut tanpa mengurangi sedikitpun pahala mereka dan barangsiapa mengajak kepada kesesatan,maka dia mendapat dosa sebanyak yang diperoleh mereka tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun. (H.R. Muslim) Rasulullah s.a.w bersabda: Semua umatku akan masuk syurga kecuali yang enggan. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang enggan? Baginda menjawab: Barangsiapa yang taat kepadaku dia masuk syurga dan barangsiapa yang melanggar perintahku dia telah enggan. (H.R. Bukhari) Rasulullah s.a.w. bersabda: Aku menjenguk ke syurga, aku dapati kebanyakan penghuninya orang-orang fakir miskin dan aku menjenguk ke neraka, aku dapati kebanyakan penghuninya kaum wanita. (H.R. Ahmad) Dalam hadith lain setelah Israk Mikraj baginda menceritakan: Aku menjenguk ke dalam neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, yang demikian disebabkan oleh kerana kurang taat kepada Allah dan Rasulullah dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj, dedah aurat dan berhias-hias. |
![]() ![]() Hai. Assalammualaikum. Welcome to my blog. Tengs 4 coming. ![]() Form : height- 75px | width- 200px Main : height- 0px | width- 200px ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |